Pengajaran Dan Contoh Peristiwa Novel Hempasan Ombak
Novel Hempasan Ombak di buat dari hasil karya tulis Zailiani Taslim yang berasal dari Klang, Selangor. Zailiani Taslim adalah seorang graduan Maktab Perguruan Sultan Idris, Perak dalam jurusan Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni.
Beliau telah lama dalam bidang pembuatan karya tulis sejak berusia 13 tahun di akhbar dan amajalah terbitan tempatan. Antara karya lain beliau yang turut digunakan dalam komponen sastera adalah Pantun Berjimat Cermat bagi Tingkatan 1 2010 dan pelbagai lagi.

Dalam isi Novel Hempasan Ombak watak utama novel ini iaitu Farid, Dalam alur cerita Novel, Farid begitu cekal memikul tanggungjawab, kegigihan, kesabaran dan memiliki nilai kesederhanaan dalam meneruskan perusahaan batik peninggalan ayahnya.
Pengajaran Dan Contoh Peristiwa Novel Hempasan Ombak
Ada empat contoh peristiwa novel hempasan ombak yang sudah ditereangakan pada alur cerita novel tersebut, berikut pembahanya:
1. KEGIGIHAN: Farid meneruskan perusahaan batik peninggalan ayahnya. Dia berusaha dengan cekal untuk menjelaskan bebanan hutang yang ditanggung oleh Syarikat Batik Nusantara dengan menjual van dan lori syarikat serta menggadaikan tanah dan emas milik ibunya.
2. KESABARAN: Farid tabah menghadapi dugaan apabila menerima surat ugutan daripada musuhnya. Selain itu, Farid juga tabah apabila bangsal batik modennya telah dibakar oleh musuhnya dalam usahanya memajukan perniagaan batik keluarganya.
3. TANGGUNGJAWAB : Farid bertanggungjawab menyelesaikan masalah kewangan syarikat Batik Nusantara setelah ditinggalkan oleh ayahnya. dia telah berusaha mencari idea dari pada pengusaha yang berpengalaman dalam bidang perniagaan.
4. NILAI KESEDERHANAAN : Farid juga memiliki nilai kesederhanaan. Nilai ini dapat dibukti dalam peristiwaFarid menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya dan berasa kereta ini lebih selesa. Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Kadang kala,Farid juga menaiki motosikal jika ada urusan luar. Selain itu, semasa makan tengah hari bersama-sama Zuraida,Farid juga memilih untuk makan di warung biasa dan bukan di hotel yang mewah.
Persoalan Dalam Novel Hempasan Ombak
1. Persoalan dunia perniagaan
Contoh peristiwa : Farid menghadapi persaingan dengan syarikat-syarikat lain
2. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga
Contoh peristiwa ristiwa : Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan tanah dan barnag kemas untuk membantu Farid memajukan perusahaan keluarganya.
3. Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan
Contoh peristiwa: arid menggunakan kereta Peugoet milik ayahnya walaupun mempunyai wang dan kedudukan.
Latar Novel Hempasan Ombak
A. Latar Masyarakat Dalam Novel Hempasan Ombak
1. Masyarakat peniaga : Farid, Zuraida, Mokhsein dan Mukhtar seorang yang terlibat dalam perniagaan batik.
2. Masyarakat yang gigih berusaha : Farid berusaha dengan gigih untuk mebangunkan syrikat batik warisan milik keluarganya.
3. Masyarakat yang mementingkan ilmu : Moksein menyarankan agar Farid mengikuti kursus dalam perniagaan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan syarikat.
4. Masyarakat hidup saling membantu : Mokhsein dan Zuraida sering membantu Farid dalam urusan perniagaan seperti memberikan cadangan yang membina.
5. Masyarakat yang sanggup berkorban : Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan barang-barang kemas miliknya untuk dijadikan modal dalam membangunkan perusahaan batik yang diwarisi anaknya.
6. Masyarakat yang dengki : Mukhtar yang dengki kepada Farid sanggup sabotaj perusahaan Farid agar dapat menyingkirkan pesaingnya di dalam pasaran batik.
7. Masyarakat yang kreatif dan inovatif : Hartini menggunakan daya kreativitinya untuk menghasilkan corak batik dan mempelbagaikan kegunaan batik sebagai pakaian, perabot dan penghias dinding.
B. Latar Tempat Dalam Novel Hempasan Ombak
1. Rumah FaridT : Tempat Farid makan malam bersama keluarganya.
2. Pejabat Farid : Tempat Farid dan pekerjanya mengadakan mesyuarat pertama. Tempat Farid bekerja sebagai pengurus di syarikat milik keluarganya
3. Firma Nadi Zaman : Tempat Farid bertemu Mokhsein bagi meminta nasihat dan tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.
4. Bazaar Mara Jalan Bonggol : Tempat Zuraida berniaga pakaian.
5. Kampung Tanjung : Rumah Zuraida
6. Balai Polis Daerah Kuala Terengganu : Tempat Farid memberi kenyataan tentang peristiwa kebakaran bangsal moden milik syarikatnya.
7. Mahkamah Rendah Kuala Terengganu : Tempat Mukhtar dibicarakan dan dijatuhkan hukuman terhadap kes kesalahan membakar bangsal moden Farid.
8. UITM ( Universiti Teknologi Mara) : Tempat Zuraida menyambung pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
C. Latar Waktu Dalam Novel Hempasan Ombak
1. Pagi Sabtu : Farid berkunjung ke kedai Zuraida
2. 2.00 pagi : Bangsal moden Syarikat Batik Nusantara terbakar
3. 15 minit : Bunyi letupan kedengaran dan orang kampung tersedar akan kebakaran bangsal tersebut.
4. Tiga hari : Selepas tiga hari berlakunya peristiwa kebakaran itu, Mokhsein mengunjungi Farid di pejabatnya.
5. 9.00 pagi : syuarat kali pertama diadakan oleh Farid dan pekerjanya.
6. Sebulan : Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid.
7. Akhir tahun 60-an : Syarikat Batik Nusantara ditubuhkan
8. Waktu Malam : Pada waktu malam, Farid dan keluarganya makan malam bersama.