Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Contoh Peristiwa Dan Latar Tempat Yang Ada Di Novel Tawanan Komander Caucasus

Novel Caucasus pertama kali dicetak pada tahun 2010. Pada Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM, Novel Caucasus menjadi pemenang dalam kejuaraan tersebut. Novel kajian di buat untuk pelajar Tingkatan 3 

Novel Caucasus merupakan karya tulis yang bertemakan sains dan fantasi dan mampu menambah baik penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di sekolah. Novel ini dibuat oleh Ruzaini Yahya yang merupakan pengarang dan menerbitkan novel tersebut bersama Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 

Latar Tempat Novel Tawanan Komander Caucasus Dan Contoh Peristiwa

Rumah Usang : Contoh Peristiwa Haikal, Devnath dan Wei memasuki rumah tersebut untuk mencari Farhani dan meninjau keadaan sebenar di sana

Rumah Farhani : Contoh Peristiwa, Tempat di mana Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk memaklumkan mereka berada di sana Halaman 

Rumah Kim Yong : Contoh Peristiwa,  Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah mendapat berita kehilangan Kim Yong

Halaman rumah Kim Yong : Contoh Peristiwa, Tempat terbinanya zoo mini  kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai spesies kumbang

Rumah Chea Mei : Contoh Peristiwa, Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju cheongsam berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren.